Kota Medan, Indonesia merupakan hub barang-barang dari sekitar Indonesia seperti Bandung, Tanah-tinggi, Jakarta, Surabaya untuk dipasarkan samada di dalam negara maupun diexsport ke luar.
Jadi tidak hiaranlah kalau anda akan menemui ramai pelancung dari Malaysia yang datang memborong beraneka barangan untuk dijual balik di Malaysia. Barang-barang seperti Telekung Sulam, kain pasang batik dan juga tudung banyak dibawa masuk ke Malaysia. Di musim raya pula ada juga dikalangan peniaga dari Malaysia mengimport kek lapis yang sememangnya sangat enak dan sesuai dijadikan hidangan kuih raya. Di Malaysia harga kek lapis lengit dijual dengan harga yang agak mahal, tetapi berbaloi dengan keenakannya.
Ramai di kalangan sahabat handai yang hairan kalau saya katakan saya ke Medan, tapi cuma 'Day Trip' iaitu balik pada hari yang sama. Pergi awal pagi dan balik menggunakan penerbangan akhir Air Asia.
Persoalan yang pertama yang mungkin timbul ialah, "Tak penat ker?" Kalau difikirkan, kalau kita keluar shopping ke Mid Valley sekalipun mengambil masa hampir satu hari. Jadi ukuran penatnya lebih kurang sama saja. Tapi yang penting anda dapat merasakan suasana yang agak berbeza. Budaya dan percakapan juga berbeza.
Anda juga boleh menikmati Nasi Padang di Rumah Makan Garuda yang pastinya ada kelainan dengan Nasi Padang di sekitar Malaysia. Keseluruhan rakan-rakan serta jiran yang turut serta bersama saya ke Medan 'Day Trip' amat berpuas hati dan merasakan ianya suatu kepuasan dapat ke Tanah Seberang dengan kos yang berbaloi dan berpeluang ke tempat yang menjadi tumpuan pelancung.